3 lagi pejuang alam sekitar Iran ditahan


Pejuang alam sekitar terkemuka Iran, Dr Kavous Seyed Emami, 63, telah meninggal dunia dalam penjara, selepas dua minggu ditahan. Pada Jumaat, tiga lagi pejuang alam sekitar dilaporkan ditahan menjadikan ianya siri tangkapan terbaharu terhadap pejuang alam sekitar negara itu. – Gambar AFP, 24 Februari, 2018.

TIGA pejuang alam sekitar telah ditahan di Iran, menjadikan ianya siri penagkapan terbaharu terhadap pejuang hidupan liar di republik Islam itu, lapor portal berita negara itu.

“Ahli Association for the Protection of Nature in Lavardin telah ditahan oleh agensi keselamatan. Tuduhan terhadap mereka masih belum diketahui,” lapor Tabnak.

Dikatakan yang mereka ditahan di Bandar Lengeh di selatan wilayah Hormuzgan di Teluk Parsi.

Pada Januari, lapan ahli Persian Heritage Wildlife Association telah ditahan atas dakwaan melakukan intipan.

Pengasas pertubuhan yang paling berpengaruh di Iran itu, Dr Kavous Seyed Emami, 63, telah meninggal dunia dalam penjara, selepas dua minggu ditahan.

Pegawai rasmi berkata yang Dr Kavous telah membunuh diri dalam penjara, namun ahli keluarganya mempersoalkan keputusan itu dengan berkata yang mereka telah diancam oleh pegawai. – AFP, 24 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen