Pengasingan sekolah tak bagus untuk perpaduan, kata Najib

Perdana Menteri Najib Razak berjanji untuk merombak sistem pendidikan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 24 Februari, 2018.

PERDANA Menteri Najib Razak berkata pengasingan sekolah-sekolah di Malaysia kepada sekolah vernakular dan sekolah kebangsaan telah menjejaskan perpaduan negara dan beliau berjanji untuk merombak sistem pendidikan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata laporan.

“Macam yang kita lihat hari sekarang, orang Melayu berada bersekolah di sekolah kebangsaan, sedangkan ada juga SRJK (C), SRJK (T) dan sekolah agama,” kata Najib seperti dipetik akhbar The Star.

“Kita (kerajaan) sudah melalui perubahan struktur dan kini sedang mengkaji dengan terperinci,” katanya pada sesi pertemuan bersama kakitangan Axiata dan Celcom semalam.

“Tiada jalan penyelesaian serta-merta. Kita hanya boleh mencuba untuk menerapkan nilai-nilai teras tertentu di sekolah, seperti belajar untuk untuk berinteraksi lebih baik antara satu sama lain dan saling menghormati,” kata Najib seperti dipetik akhbar The New Straits Times.

Sistem pendidikan di Malaysia yang berasaskan etnik adalah berasal dari era British dan telah menjadi topik perbalahan di kalangan penyokong sekolah aliran pelbagai bahasa.

Pejuang kebangsaan Melayu sudah lama melobi untuk menghapuskan sekolah vernakular Cina dan Tamil yang mereka percaya menjadi penghalang kepada paduan negara.

Ini tidak dipersetujui oleh golongan pendidik Cina dan Tamil yang percaya anak-anak mereka berhak dididik dalam bahasa ibunda masing-masing.

Sementara itu, ibu bapa kelas menengah di bandar melobi supaya sekolah aliran bahasa Inggeris di kembalikan semula. Mereka percaya ini akan membantu meningkatkan taraf pendidikan negara.

Sebelum ini, Najib berkata kerajaan akan menyusun semula sistem pendidikan dalam persiapan ke arah Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), iaitu istilah ciptaan Jerman dalam usaha negara itu menggabungkan teknologi digital seperti pengkomputeran awan dan pengkomputeran kognitif dalam industri pembuatannya.

“Kita mesti bersedia untuk 4IR. Dengan mandat yang diberi rakyat, kerajaan akan dapat pastikan sistem pendidikan boleh menghasilkan set kemahiran untuk era digital,” kata Naib seperti dilapor The New Straits Times. 

“Ini adalah satu dari keutamaan saya.” – 24 Februari, 2018.

Daftar atau log masuk di sini untuk komen.

Komen

  • kalau asingkan lagi la tinggi semangat perkauman tu. bila bercampur, masing2 dapat mengenali dan mempelajari budaya setiap kaum yang ada. bagi aku, memang tak patut pun kalau buat pengangisan. kita duduk bawah satu negara. masih lagi nak berbahagi-bahagi?

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan