SPR tempah helikopter di Sabah untuk April, Mei, menurut laporan


Helikopter, bersama bot dan kenderaan lasak, digunakan secara meluas ketika pilihan raya untuk mengantar peti undi dan pegawai ke stesen mengundi oleh SPR.– Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Februari, 2018. 

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah menempah semua helikopter daripada sekurang-kurangnya dua syarikat perkhidmatan pengangkutan udara itu di Sabah bagi bulan April dan Mei, menurut laporan The Star. 

Tempahan itu memberi petunjuk Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), yang perlu diadakan sebelum Ogos, mungkin diadakan pada tempoh yang sama. 

Dua syarikat mengesahkan sekurang-kurangnya 22 buah helikopter ditempah untuk dua bulan itu, menurut laporan berkenaan. 

Helikopter, bersama bot dan kenderaan lasak, digunakan secara meluas ketika pilihan raya untuk mengantar peti undi dan pegawai ke stesen mengundi di kawasan pedalaman di kedua-dua Sabah dan Sarawak, serta lokasi di kepulauan sekitarnya. 

The Star melaporkan pada pilihan raya negeri Sarawak 2016, SPR menyewa 38 buah helikopter dengan kor RM33.4 juta. 

Pada pilihan raya 2013, suruhanjaya itu menggunakan 27 buah helikopter dan dua pesawat kecil di Sarawak bersama 780 buah bot, 56 bot laju dan 4,810 kenderaan pacuan empat roda. – 22 Februari, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen