Jennifer Lopez, Ben Affleck akhirnya berkahwin


Jennifer Lopez dan Ben Affleck pernah menangguhkan perkahwinan pada 2003, kemudian mengumumkan hubungan mereka berakhir pada awal 2004. – Gambar EPA, 18 Julai, 2022.

PASANGAN selebriti Hollywood Jennifer Lopez dan Ben Affleck akhirnya berkahwin, 18 tahun selepas percintaan pertama mereka gagal.

Pasangan itu berkahwin pada Sabtu lalu, menurut sijil perkahwinan yang mereka failkan di Clark County di Las Vegas, Nevada yang dilihat AFP.

Affleck, 49, dan Lopez, 52, pertama kali bertemu di set filem “Gigli” yang ditayangkan pada 2002.

Pasangan sensasi itu menangguhkan perkahwinan pada 2003, kemudian mengumumkan hubungan mereka berakhir pada awal 2004.

“Bennifer” –  jolokan yang diberi sejak hubungan pasangan itu – kembali mencetuskan sensasi tahun lalu apabila gambar mereka bersama semula tersebar di media sosial.

Lopez dan Affleck mengumumkan pertunangan mereka pada April menerusi rakaman video yang  menayangkan cincin bertatahkan berlian hijau dalam siaran medianya “On The JLo.”

Perkahwianan ini adalah yang  keempat untuk Lopez dan yang kedua untuk Affleck. – AFP, 18 Julai, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen