Ramai pengundi Batu tidak tahu kewujudan pusat khidmat Siti Kasim


Aminah Farid

Pusat khidmat Siti Kasim dibuka di tingkat dua Vivo Mall, Jalan Ipoh, Sentul sejak 10 Mei dan setakat ini katanya, turut menerima aduan berkaitan pelbagai isu setempat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 22 Jun, 2022.

CALON bebas untuk kawasan Batu, Siti Kasim yang juga seorang peguam dan aktivis Orang Asli, perlu lebih giat memperkenalkan dirinya di kawasan itu dan memikat pengundi dalam tempoh yang singkat, berikutan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka diadakan tahun ini.

Masih ramai penduduk di kawasan itu tidak mengenali siapa Siti Kasim, walaupun pusat khidmatnya yag terletak di tingkat dua Vivo Mall, Jalan Ipoh, Sentul dibuka sejak 10 Mei.

Tinjauan The Malaysian Insight yang menembual kira-kira 10 penduduk termasuk pemilik kedai runcit dan kedai kopi di kawasan itu, mendapati masih ramai tidak pernah mendengar nama Siti Kasim.

Seorang pemilik kedai runcit yang enggan didedahkan namanya, berkata beliau tidak tahu Siti ada membuka pusat khidmat di kawasan itu.

Di jalan berhampiran, seorang penjual nasi lemak berkata dia tidak kenal, tidak pernah dengar nama Siti Kasim ketika ditunjukkan gambar.

“Saya minta maaf, saya tidak kenal siapa ini dan tidak tahu dia ada buka pusat khidmat di sini,” katanya.

Lakshmi, seorang lagi peniaga gerai roti canai berkata dia tidak kenal peguam itu, tetapi dia tahu siapa penyandang kawasan Batu, iaitu  Prabakaran Parameswaran.

Pada 2018, Prabakaran ialah calon bebas yang memenangi kerusi Batu selepas calon PKR Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, hilang kelayakan pencalonan susulan dikenakan denda RM2,000 atas kesalahan menghina polis.

Selepas menang, Prabakaran, 26, menyertai PKR.

Siti bukanlah tidak dikenali langsung, kerana pusat khidmatnya masih menerima kunjungan orang ramai yang datang membuat aduan.

Beliau memberitahu The Malaysian Insight setakat ini aduan yang diterima kebanyakannya isu membabitkan pemaju, bank, kondominium dan pencerobohan tanah.

“Saya terima kedatangan orang ramai di pusat saya dan ada antara mereka yang sudah dibantu,” katanya, menambah penduduk yang ditemui setakat ini mengenali dirinya. – 22 Jun, 2022.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen