Malaysia perlu penstrukturan ekonomi, kata pakar 


Aminah Farid

MALAYSIA perlu penstrukturan semula ekonomi jika mahukan masa depan yang stabil, kata ahli ekonomi Zouhair Rosli.

Berucap pada forum Kemiskinan Rakyat Malaysia Pasca Pandemik hari ini, Zouhair berkata negara berisiko mempunyai majoriti penduduknya dalam kesusahan jika penstrukturan semula ekonomi tidak dilakukan sekarang.

Pakar ekonomi dengan firma penyelidikan dan perundingan yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu berkata ini amat penting kerana penduduk dan tenaga kerja Malaysia yang cepat menua.

Penstrukturan semula ekonomi bermakna mewujudkan ekonomi nilai tambah tinggi yang memberi tumpuan kepada aktiviti intensif teknologi yang akan menjana keuntungan lebih tinggi untuk perniagaan dan gaji lebih tinggi untuk pekerja.

Penstrukturan semula juga akan memberi lebih tumpuan kepada teknologi dan inovasi serta beralih daripada industri bernilai rendah dan bergantung kepada buruh.

“Pada tahun 2005, hampir separuh daripada pelaburan kami adalah pelaburan berkaitan teknologi, namun, kini lebih 60% daripada pelaburan kami adalah infrastruktur yang mempunyai sedikit faedah untuk ekonomi kita,” katanya.

Zouhair turut menekankan bahawa berikutan kelulusan kerajaan terhadap pengeluaran kumpulan wang simpanan pekerja, mereka yang telah mencapai persaraan juga perlu bekerja selama lima tahun lagi untuk menampung apa yang mereka keluarkan. – 19 Jun, 2022.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen