PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu hari ini mengucapkan takziah buat lebih 66 orang yang terbunuh dalam kejadian pesawat terhempas di Iran.
Ucapannya itu dibuat sebaik sahaja beliau mengutuk kerajaan Iran.
“Saya ambil peluang ini untuk ucapkan takziah buat ahli keluarga mangsa 66 orang awam yang terbunuh dalam kejadian pesawat terhempas hari ini,” kata Netanyahu pada Persidangan Keselamatan Munich.
“Kita tidak ada sebarang perbalahan dengan rakyat Iran, tetapi hanya (berbalah) dengan rejim yang menekan mereka,” tambahnya.
Sebelum itu, dalam ucapan berapinya, Netanyahu memberi amaran kepada Tehran supaya tidak “menguji Israel” memandangkan ketegangan antara dua negar aitu kembali memuncak apabila Iran memain peranan di tempat bergolak di Syria.
Israel risau Iran yang menyokong Presiden Syria Bashar al-Assad itu cuba meletak tenteranya di situ.
Awal hari ini, Iran mengesahkan sebuah pesawat penerbangan domestik terhempas di pergunungan Zagros, Iran hari ini membunuh semua 66 orang penumpang dan anak kapal. – AFP, 18 Februari, 2018.
Komen