Menteri gesa negara eksport sisa beri kerjasama lebih baik


Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan semalam berkata Malaysia menghadapi cabaran untuk mendapat kerjasama daripada negara pengeksport untuk mengambil semula sisa mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Jun, 2022.

MALAYSIA menggesa agar kerjasama yang lebih baik dapat dihulurkan negara-negara pengeksport sisa pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Persidangan Konvensyen Basel, Rotterdam dan Stockholm yang berlangsung pada 1 Jun sehingga kelmarin.

Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan semalam berkata Malaysia menghadapi cabaran untuk mendapat kerjasama daripada negara-negara pengeksport untuk mengambil semula sisa-sisa mereka.

“Kami (Malaysia) memohon kerjasama yang lebih baik daripada negara-negara pengeksport untuk menangani masalah ini. Tiada negara yang patut menjadi tempat pembuangan sisa dari negara lain,” katanya.

Sementara itu, Malaysia turut menegaskan akan kepentingan menguruskan stok simpanan bahan kimia secara mesra alam agar ia tidak menjadi isu baharu bagi negara membangun pada masa hadapan. – Bernama, 4 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen