Rundingan agihan kerusi PRU15 pembangkang di Sarawak bakal rumit, kata penganalisis


Desmond Davidson

Parti pembangkang di Sarawak perlu mengadakan rundingan berkenaan PRU15 terutama bagi agihan kerusi Parlimen utama di negeri itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Mei, 2022.

PELBAGAI parti pembangkang yang berbeza di Sarawak perlu berusaha lebih lagi jika mereka mahu mendapat satu permuafakatan tentang bagaimana kerusi Parlimen penting di negeri itu yang boleh dikongsi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata penganalisis.

Dengan rundingan PRU15 akan diadakan pada bila-bila masa saja sejurus selepas undang-undang anti lompat parti diluluskan pada Julai, DAP sudah memulakan rundingan agihan kerusi dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dengan merangka pelan untuk menghentikan pemerintahan Gabungan Parti Sarawak.

Sementara itu, PSB yang berpangkalan di negeri itu, mendedahkan parti berkenaan dan Parti Bumi Kenyalang (PBK), akan memeterai memorandum persefahaman (MoU) tidak lama lagi berkenaan bagaimana mereka akan berkongsi kerusi pada PRU15.

Fokus DAP dan PSB ialah kawasan bandar dengan majority pengundi Cina.

“Masalah DAP dan PSB ialah kedua-dua parti mengejar kerusi bandar yang sama. Mereka tahu kerusi bandar ini boleh menang.

“Tetapi persoalannya ialah: hendak guna bendera siapa?,” kata James Chin, pensyarah dari University Tasmania.

Chin berkata dilihat daripada trend terdahulu, kerusi bandar paling mudah dimenangi oleh pembangkang.

“Jadi agak jelas, sukar untuk DAP atau PSB menyerahkan kerusi yang mudah menang ini,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pada PRU 2018, DAP bukan saja mengekalkan lima kerusi mereka di kawasan bandar dengan majority Cina – Bandar Kuching (Kelvin Yii), Stampin (Chong Chieng Jen), Sibu (Alice Lau), Lanang (Oscar Ling dan Sarikei (Wong Ling Biu) – mereka juga berjaya menembusi kawasan Bumiputera menerusi kemenangan Mas Gading di Bau, iaitu kerusi majoriti Bidayuh.

DAP bagaimanapun gagal menawan kerusi Bumiputera di Serian, Mukah, Kapit, Bintulu dan Lawas. – 14 Mei, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen