Lebih 900,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19


Sebanyak 1,546,751 atau 43.6% daripada kanak-kanak di Malaysia menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Mei, 2022.

SEJUMLAH 911,666 atau 25.7% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web CovidNow, sebanyak 1,546,751 atau 43.6% daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,896,706 atau 93.1% lengkap vaksinasi manakala 2,994,219 atau 96.2% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada masa sama, sejumlah 16,041,560 atau 68.2% golongan dewasa menerima dos penggalak manakala 22,967,973 atau 97.6% lengkap dua dos dan 23,243,935 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 23,115 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 4,848 dos pertama, 17,011 dos kedua dan 1,256 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,389,427.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak tiga kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan dua kes dilaporkan di Pulau Pinang dan satu kes di Terengganu. – Bernama, 8 Mei, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen