Penyelidik jejak ketinggian 7,028m ekspedisi Qomolangma


13 penyelidik akan meneruskan perjalanan menuju ke kem yang terletak pada ketinggian 8,300 meter dari paras laut dalam ekspedisi Qomolangma. – Gambar EPA, 3 Mei, 2022.

SERAMAI 14 ahli penyelidik yang menyertai misi ekspedisi saintifik di Gunung Qomolangma atau lebih dikenali sebagai Everest, berjaya sampai ke kem North Col yang terletak pada ketinggian 7,028 meter dari paras laut pada jam 7 malam Isnin.

Cuaca di kem dilaporkan baik dan seorang penyelidik didapati kurang sihat manakala selebihnya dalam keadaan baik.

Justeru itu, 13 penyelidik akan meneruskan perjalanan menuju ke kem yang terletak pada ketinggian 8,300 meter dari paras laut pada jam 9 pagi dan dijangka sampai ke destinasi kira-kira jam 6 petang.

Pasukan itu kemudian akan meneruskan perjalanan ke puncak gunung berkenaan pada jam 3 pagi Rabu.

Pada Khamis lalu, China melancarkan ekspedisi saintifik “misi kemuncak” di Gunung Qomolangma, puncak tertinggi dunia yang terletak di sempadan China-Nepal. – Bernama, 3 Mei, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen