Gunung Everest ditutup, Nepal gantung semua permit


Nepal hari ini menyekat pendaki dari semua gunung termasuk Everest ekoran penularan wabak Covid-19. – Gambar EPA, 13 Mac, 2020.

NEPAL hari ini menyekat pendaki dari semua gunung termasuk Everest ekoran penularan wabak Covid-19.

Negara Himalaya itu setakat ini mengesahkan sat ukes Covid-19 memperoleh 4.4 juta dolar setahun untuk permint memanjat sementara menyebabkan peganjur ekspedisi menanggung kerugian lebih tinggi.

Selain menangguhkan semua permit memanjat Nepal juga menghentikan pengeluaran visa pelancong semasa ketibaan, kata Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Penerbangan Awam Yogesh Bhattarai.

“Kerajaan memutuskan menggantung semua ekspedisi musim bunga dan permit buat sementara waktu.

“Keputusan boleh dikaji semula setelah menganalisis senario global pada bulan akan datang,” katanya kepada AFP.

Penganjur ekspedisi dan profesional pelancongan Nepal berkata langkah itu dibuat selepas China menyekat kemasukan dari negaranya yang menyebabkan bencana kewangan.

Nepal yang masih dalam proses pulih dari gempa bumi dahsyat pada 2015 juga berharap untuk menarik dua juta pelancong untuk kali pertama pada 2020 sebagai meraikan tahun melawat Nepal.  – AFP, 13 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen