5,624 kes baharu Covid-19


Aminah Farid

MALAYSIA terus merekodkan penurunan kes Covid-19 selepas merekodkan 5,624 jangkitan baharu semalam, kata Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak sembilan kematian Covid-19 turut direkodkan, yang mana dua daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital.

Jumlah keseluruhan kes kematian kini 35,491.

Manakala jumlah keseluruhan kes jangkitan sejak permulaan wabak pada Mac 2020 adalah 4,427,067.

Lembah Klang menyumbang 4,230 kes baharu, iaitu 3,583 di Selangor, 565 di Kuala Lumpur, dan 82 di Putrajaya.

Perak melaporkan 312 kes, diikuti Negeri Sembilan (265), Pulau Pinang (169), Sarawak (134), Johor (129), Melaka (95), Kedah (94), Putrajaya (82), Pahang (75), Sabah ( 65), Kelantan (23), Terengganu (21), Labuan (9) dan Perlis (3).

Daripada sembilan kematian yang dilaporkan, Kedah mencatatkan enam kematian, diikuti Johor (1), Sabah (1) dan Sarawak (1).

Kadar kematian adalah 0.2% dan kadar kematian kumulatif, pada 0.8%. – 24 April, 2022.


 
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen