ANC tarik balik sokongan terhadap Jacob Zuma


Langkah penarikan semula sokongan ini sekali gus meletakkan negara itu ke dalam kancah caca merba. – Gambar AFP, 13 Februari, 2018.

PARTI African National Congress (ANC) hari ini mengesahkan untuk menarik balik sokongan terhadap Presiden Jacob Zuma, namun tidak memutuskan tarikh akhir untuk beliau letak jawatan.

Langkah ini sekali gus meletakkan negara itu ke dalam lembah caca merba.

Setiausaha agung ANC Ace Magashule memberitahu pemberita bahawa Zuma “bersetuju untuk letak jawatan dan akan meletak jawatan dalam antara tiga hingga enam bulan.”

Bagaimanapun Magashule berkata, tidak ada tarikh tetap untuk Zuma berundur, selain menambah mungkin akan ada “interaksi berterusan” antara pegawai parti dan Zuma.

“NEC (Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan) memutuskan… untuk menarik balik Jacob Zuma,” kata Magashule kepada pemberita.

“Keputusan oleh NEC untuk menarik balik itu dibuat setelah perbincangan panjang terutamanya mengenai kesan terhadap negara.”

Parti ANC boleh “memanggil semula” kepala negara, namun proses itu dapat dilaksanakan diperingkat parti dan beliau pula tidak terikat untuk mengikut perlembagaan.

ANC berkata Zuma akan memberi kata putus pada Rabu.

Perebutan kuasa selepas pemergian Zuma menambahkan kacau bilau dengan Cyril Ramaphosa, yang kini merupakan pemimpin baharu ANC.

170 ahli jawatankuasa kebangsaan parti itu bermesyuarat selama 13 jam di sebuah hotel di luar Pretoria dan awal hari ini telah memutuskan Zuma perlu meletak jawatan.

Ramaphosa dan setiausaha parti, Ace Magashule, secara peribadi meminta Zuma meletak jawatan di kediaman rasmi presiden di Pretoria tengah malam tadi.

Satu sumber lain memberitahu laman web Times Live yang Ramaphosa telah merayu kepada Zuma supaya meletak jawatan, namun Zuma menjawab dia tidak akan berbuat demikian.

ANC, yang pernah dipimpin Nelson Mandela itu dilaporkan menolak permintaan Zuma untuk notis tiga bulan sebelum meletak jawatan dan sebaliknya memberi tempoh 48 jam. 

Sebelum ini media negara itu, SABC melaporkan Zuma diberikan tempoh 48 jam untuk meletak jawatan.

“SABC percaya ANC memberikan Presiden Zuma 48 jam untuk letak jawatan,” lapornya.

Jika Zuma enggan meletak jawatan, jawatankuasa parti akan “merehatkan” ketua negara itu, bermaksud memaksanya meletakkan jawatan, walaupun menurut Perlembagaan negara dia tidak wajib mengikut arahan itu. – AFP, 13 Februari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen