TIMBALAN Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP), iaitu parti serpihan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) hari ini membayangkan mereka akan bersatu semula dengan SUPP.
“Walau apapun, kita perlu akur kepada arahan (Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg),” kata Dr Jerip Susil ketika diminta mengulas kenyataan “baju biru memakai baju kuning” ketua menteri pada pembukaan persidangan perwakilan tiga tahun sekali Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sabtu lalu.
“Baju biru” merujuk kepada ahli UPP yang sering memakai baju BN sebagai tanda setia mereka kepada kerajaan pemerintah walaupun mereka bukanlah ahli BN, manakala “baju kuning” merujuk kepada ahli SUPP.
“Itu arahan beliau,” kata menteri muda pengangkutan ketika melancarkan kempen keselamatan jalan raya peringkat negeri bersempena sambutan Tahun Baru Cina di terminal bas Kuching Sentral.
Apabila ditanya mengenai bila dan bagaimana mereka akan kembali kepada SUPP, Dr Jerip berkata ia akan dijawab hanya selepas mengadakan pertemuan dengan ketua menteri untuk membincangkan perkara itu.
“Itu arahan beliau. Walau apapun, kami perlu akur kepada arahan. Kami akan bercakap dengan beliau dan akan tunggu arahan seterusnya.
“Kami akan tunggu dan lihat. Saya pasti ketua menteri ada formulanya.” – 12 Februari, 2018.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Hana ghaoul · Ulasan