PEMAIN golf Tiger Woods pada Selasa menyuarakan hasratnya untuk bermain dalam Kejohanan Masters 2022, lapor Xinhua.
“Setakat ini, saya akan sertai kejohanan itu,” kata pemain berusia 46 tahun itu pada sidang media di Kelab Golf Augusta di Georgia, Amerika Syarikat.
Woods, juara Masters lima kali, tiba di Augusta pada Ahad untuk menjalani latihan.
Pemain itu mengalami kecederaan pada kaki kanannya dalam kemalangan kereta 14 bulan lepas dan pada sidang media yang sama beliau turut menyuarakan keyakinan untuk memenangi kejohanan itu.
Kejohanan Masters ke-86 akan diadakan dari 7 hingga 10 April. – Bernama, 6 April, 2022.
Komen