20,923 kes baharu Covid-19, 34 kematian


Aminah Farid

MALAYSIA merekodkan penurunan jangkitan Covid-19 kepada 20,923 berbanding 21,839 sehari sebelumnya, lapor Kementerian Kesihatan.  

Laman web CovidNow menunjukkan jumlah kumulatif kes Covid-19 kini sebanyak 4,122,004.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi semalam dengan 10,790 diikuti Kuala Lumpur (1,855) dan Pulau Pinang (1,145).

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan jangkitan ialah Johor (726), Kedah (785), Kelantan (298), Melaka (488), Negeri Sembilan (1,304), Pahang (634), Perak (1,185), Perlis (97), Pulau Pinang (1,145), Sabah (269), Sarawak (960), Terengganu (245), Labuan (47), dan Putrajaya (95).

Kematian Covid-19 juga menurun kepada 34 berbanding 52 pada hari sebelumnya menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 34,751.

Johor dan Kedah mencatatkan kematian paling ramai iaitu masing-masing enam kes, diikuti oleh Selangor (5), Perak (3), Pulau Pinang (2), Pahang (2), Sarawak (2), Sabah (2), Terengganu (2), Negeri Sembilan (2), Melaka (1) dan Kelantan (1).

Sementara itu kes aktif berjumlah 242,487. – 27 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen