Putin tandatangan RUU anti maklumat palsu, penjara hingga 15 tahun


Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani RUU anti maklumat palsu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi sesiapa yang menerbitkan info tidak benar berkaitan tindakan agensi kerajaan di luar negara itu. – Gambar AFP, 26 Mac, 2022.

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin menandatangani rang undang-undang yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun kerana menerbitkan maklumat “palsu” tentang tindakan Rusia di luar negara itu, ketika Moscow terus menggerakkan ketumbukan tentera menceroboh Ukraine.

RUU itu yang diluluskan Parlimen Rusia minggu ini memperuntukkan hukuman penjara dan denda kepada mereka yang menerbitan “secara sedar maklumat palsu” tentang tindakan agensi kerajaan Rusia di luar negara itu.

Jika maklumat palsu itu “menyebabkan kesan buruk”, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 15 tahun.

RUU baharu itu meluaskan undang-undang yang diluluskan pada Mac lalu yang membenarkan hukuman penjara sehingga 15 tahun kerana menerbitkan maklumat palsu berkaitan tentera Rusia. – AFP, 26 Mac, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen