7 menteri antara 29 ahli Parlimen kerajaan tak hadir undian Sosma, menurut Hansard


Chan Kok Leong Aminah Farid

DUA menteri kanan dan lima menteri merupakan antara 29 ahli Parlimen kerajaan yang tidak mengundi rang undang-undang pindaan kerajaan bagi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), kata Hansard.

Rekod rasmi perbahasan Parlimen yang disiarkan hari ini menunjukkan menteri kanan Mohamed Azmin Ali (Gombak) dan Hishammuddin Hussein (Sembrong) tidak berada di Dewan Rakyat ketika Parlimen membuat pengundian pada jam 5 petang semalam.

Hansard juga menunjukkan lima menteri - Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong), Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam), M. Saravanan (Tapah), Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu), Annuar Musa (Ketereh) - tidak hadir semasa mengundi.

Menurut Hansard, enam timbalan menteri yang tidak hadir ialah Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar), Eddin Syazlee Shith (Kuala Pilah), Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak), Mansor Othman (Nibong Tebal), Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pasir Puteh).

Daripada 29 ahli Parlimen kerajaan yang tidak hadir semalam, 13 daripada Barisan Nasional, diikuti 11 daripada Perikatan Nasional (Bersatu 8 dan PAS 3), 3 daripada GPS dan masing-masing seorang daripada PBRS dan STAR.

Di pihak pembangkang, terdapat 18 ahli Parlimen yang tidak hadir ke Parlimen ketika undian diambil. Dua ahli Parlimen bebas juga tidak hadir.

Daripada jumlah ini, 10 adalah daripada PKR diikuti tiga daripada Warisan dan masing-masing dua daripada DAP dan Pejuang. Baki yang tidak hadir adalah dari PSB dan dua orang bebas.

RUU pindaan – yang dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin – untuk melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Sosma selama lima tahun lagi ditolak melalui undi belah bahagi (86-84) di Parlimen semalam.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, ketika mengumumkan pengundian, menyatakan bahawa 49 ahli Parlimen tidak hadir.– 24 Mac, 2022.

Ahli Parlimen tidak hadir

Menteri kanan

1. Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)

2. Hishammuddin Hussein (Sembrong)

Menteri

1. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong)

2. Wee Ka Siong (Ayer Hitam)

3. M. Saravanan (Tapah)

4. Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu)

5. Annuar Musa (Ketereh)

Timbalan menteri

1. Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah)

2. Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar)

3. Eddin Syazlee Shith (Kuala Pilah)

4. Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak)

5. Mansor Othman (Nibong Tebal)

6. Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pasir Puteh). 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen