Penduduk kampung halang Kit Siang beri ceramah di Johor Baru


Suasana kecoh yang berlaku semasa program Pakatan Harapan di Kampung Bakar Batu, Johor Baru yang sepatutnya menampilkan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, malam tadi. – Gambar Facebook, 11 Februari, 2018.

LEBIH 50 penduduk menghalang pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang memberi ceramah di Kampung Bakar Batu di Johor Bahru, lapor China Press hari ini.

Program itu dijadualkan berlangsung pada pukul 9 malam semalam dan diacarakan oleh Setiausaha Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu Johor, Osman Sapian.

Menurut akhbar itu, pemilik premis itu membatalkan ceramah pembangkang dan berkata menerima “tekanan” daripada penduduk.

Selepas pembatalannya, Lim mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin PH lain apabila bekalan elektrik dari bangunan dipotong, lapor akhbar itu.

Terdapat kekecohan di luar premis, tambah akhbar itu.

Akhbar itu melaporkan seorang ustaz, bersama beberapa penduduk, bertindak menghentikan sidang akhbar. Diikuti lebih ramai penduduk mendekati bangunan itu, sambil berteriak “Saya penduduk di sini, jangan kritik Umno”.

Sesetengah penduduk menggesa bertenang dan memberi penganjur 10 minit untuk bersurai.

Lim memberitahu China Press beliau berharap Ahli Parlimen Johor Bahru, Shahrir Samad akan memberikan penjelasan berhubung kejadian itu.

Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng memberitahu akhbar beliau kesal dengan kejadian itu dan mendakwa Umno menyalahgunakan kuasa bagi menghalang penduduk bertemu pemimpin PH.

Osman berkata Malaysia adalah negara demokrasi, dan beliau serta pemimpin PH bukan orang asing yang sepatutnya menerima layanan sedemikian daripada penduduk tempatan.

Akhbar itu melaporkan tiada kehadiran polis dan orang ramai beredar pada jam 9:45 malam.

Turut hadir ialah Adun Pengkalan Rinting Cheo Yee How dan Ketua Bahagian PKR Johor Bahru, Akmal Nasir. – 11 Februari, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • penduduk kampung tu semuanya dah meluat dgn permainan politik kotor serta fitnah yg pembangkang ni buat..tu yg mereka semua halang..

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amer Farid · Ulasan