Ahli Parlimen pembangkang bidas Rina Harun kerana enggan haram perkahwinan kanak-kanak


Rina Harun berkata isu perkahwinan kanak-kanak harus ditangani melalui pendidikan, aktivisme, pengukuhan institusi keluarga dan sokongan sosio-ekonomi masyarakat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Mac, 2022.

KEPUTUSAN Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk tidak mengharamkan perkahwinan kanak-kanak dan sebaliknya “menguruskannya” melalui cara lain adalah alasan teruk yang menggagalkan semua usaha sebelum ini oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menghentikan amalan itu, kata ahli Parlimen pembangkang.

Menjawab jawapan bertulis menteri Rina Harun yang Putrajaya tidak akan mengharamkan perkahwinan kanak-kanak tetapi tidak menggalakkannya melalui langkah lain, ahli Parlimen pembangkang berkata beliau membuat alasan dan sepatutnya perlu meneruskan rancangan kerajaan PH sebelum ini.

“Pendirian menteri yang Putrajaya tidak bercadang untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur dan hanya ‘menguruskan’ isu itu melalui pendidikan, aktivismei, pengukuhan institusi keluarga dan sokongan sosio-ekonomi dalam masyarakat adalah bertentangan dengan usaha dan langkah diambil oleh bekas menteri di bawah PH dan pentadbirannya.

“Tambahan pula, Pelan Strategik Kebangsaan yang dicetuskan oleh Dr Wan Azizah Ismail adalah gandingan kepada tindakan konkrit untuk meminda undang-undang bagi menangani masalah perkahwinan bawah umur.

“Pelan itu mengandungi program tindakan melibatkan 61 agensi di peringkat persekutuan dan negeri,” kata mereka.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh-PH), Wan Azizah Wan Ismail (Pandan-PH), Fuziah Salleh (Kuantan-PH), Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya-PH), Natrah Ismail (Sekijang-PH) , Nor Azrina Surip (Merbok-PH), Rusnah Aluai (Tangga Batu-PH), June Leow Hsiao Hui (Hulu Selangor-PH) dan Senator Fadhlina Sidek.

Wan Azizah adalah menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di bawah kerajaan PH.

Ahli Parlimen berkata pelan tindakan strategik yang diwujudkan meliputi undang-undang keluarga Islam, termasuk undang-undang Islam, perkahwinan dan adat resam negeri, yang terletak di bawah bidang kuasa negeri dalam Jadual Kesembilan, Bahagian Dua, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan, melalui draf pindaan Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303), yang ingin menetapkan umur minimum perkahwinan bagi wanita kepada 18 tahun.

Mereka berkata pendirian Rina menggagalkan usaha sebelum ini, terutama ketika kanak-kanak perempuan daripada keluarga kurang berkemampuan berisiko menjadi mangsa perkahwinan kanak-kanak.

Mereka memetik statistik yang menunjukkan pada 2020, seramai 445 pelajar tidak tamat sekolah kerana berkahwin. Ia melibatkan 411 pelajar perempuan dan 34 pelajar lelaki.

“Menteri perlu meneruskan usaha sebelum ini dan berunding dengan tujuh negeri yang tidak bersetuju untuk meminda perundangan berkaitan iaitu Sarawak, Pahang, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Kedah, dan Kelantan.

“Selangor bertindak meminda enakmennya manakala lima lagi bersetuju untuk meminda perundangan mereka – termasuk Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah, Johor, Melaka dan Perak.

“Saya menggesa menteri wanita untuk kembali kepada langkah konkrit selaras dengan tanggungjawab dan amanah untuk melindungi wanita, kanak-kanak dan masyarakat berisiko.”

“Usaha untuk melindungi dan membendung eksploitasi kanak-kanak perlu dimulakan dengan pembaharuan perundangan yang dimulakan di dua negeri - dengan lima negara lain yang sudah bersedia.” – 22 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen