PUTRAJAYA mesti telus terhadap kos jangka panjang rangkaian borong tunggal (SWN) milik kerajaan untuk pelancaran 5G, kata Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).
Mereka berkata di bawah cadangan semasa SWN, lesen untuk 5G hanya diberikan kepada Digital Nasional Berhad (DNB) milik kerajaan yang akan bertanggungjawab untuk pelancaran infrastruktur.
Pada masa sama Operator Rangkaian Mudah Alih (MNO) sedia ada hanya menawarkan variasi perkhidmatan runcit, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ideas Tricia Yeoh dalam satu kenyataan hari ini.
“Ideas menggesa penerbitan kajian kebolehlaksanaan yang mewajarkan pemilihan model ini harus disediakan kepada orang ramai dan diberikan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang berkaitan untuk meneliti serta melaporkan penemuannya kepada orang ramai.
“Penubuhan DNB dijustifikasikan terutamanya oleh kapasiti unjuran model SWN untuk meningkatkan liputan rangkaian bagi mengurangkan kos penggunaan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Yeoh menambah struktur pasaran borong kompetitif sedia ada digantikan dengan monopoli huluan nasionalisasi yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Beliau berkata Ideas prihatin dengan cara justifikasi untuk SWN muncul selepas pengumumannya pada 2021 tanpa kajian ekonomi atau kawal selia bebas yang diterbitkan terlebih dahulu.
Sabtu lepas ketua pegawai eksekutif DNB Ralph Marshall berkata motivasi utama kerajaan memilih pendekatan SWN adalah untuk menangani isu sambungan internet di negara ini. – 18 Februari, 2022.
Berita penuh di sini.
Komen