Kematian dalam tahanan perlu dirujuk kepada Peguam Negara, kata Wan Junaidi


Desmond Davidson

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ketika sistem mahkamah koroner ditubuhkan, infastruktur sokongan tidak dipertingkat untuk menguruskan kertas kerja menyebabkan ia tertangguh.– Gambar The Malaysian Insight, 11 Februari, 2022.

SEMUA kematian dalam tahanan mesti dirujuk kepada Peguam Negara terlebih dahulu untuk mendapatkan arahan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menjawab soalan kumpulan Rakyat Bantah Kehilangan Paksa (Caged) mengapa polis merujuk kematian dalam tahanan polis kepada Jabatan Peguam Negara dan bukannya mahkamah koroner untuk mendapatkan arahan, menteri undang-undang berkata: “Jabatan Peguam Negara adalah kesahihan mutlak untuk perkara dalam Malaysia”.

“Jabatan Peguam Negara yang akan memutuskan sama ada untuk mengadakan inkues atau tidak. Jabatan Peguam Negara (akan) biasanya mengarahkan inkues dijalankan oleh mahkamah koroner.”

Kumpulan hak asasi manusia semalam mempersoalkan sama ada Peguam Negara Idrus Harun telah memberikan arahan yang salah kepada polis dan koroner dalam kematian sedemikian dan jika polis sedar mereka perlu melaporkan semua kematian dalam tahanan mereka kepada koroner seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

“Adakah PDRM (polis) tidak sedar bahawa koroner terikat dengan undang-undang dan arahan Ketua Hakim Negara untuk menjalankan inkues?” soalnya, sambil menambah bahawa Chambera Peguam Negara mungkin “selama bertahun-tahun telah melanggar Seksyen 334 CPC”.

Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata “CPC mesti dibaca secara keseluruhan, bukan secara berasingan”.

Ahli Parlimen Santubong itu juga berkata polis mengambil masa yang lama untuk menyediakan fail mereka mengenai kematian kerana bedah siasat dan laporan perubatan yang dirujuk kepada Jabatan Kimia ditahan dalam sistem.

Wan Junaidi, yang merupakan timbalan menteri dalam negeri dari Mei 2013 hingga Julai 2015 dan mempengerusikan jawatankuasa yang ditugaskan untuk meneliti penubuhan mahkamah koroner, berkata apabila menteri undang-undang ketika itu membuat keputusan untuk menubuhkan mahkamah, ia tidak mengambil kira untuk merombak “infrastruktur sokongan”.

“Jabatan Kimia tidak dirombak.”

Beliau berkata tenaga kerja jabatan itu untuk mempercepatkan siasatan tidak pernah berlaku.

Sebab itu, katanya, bedah siasat dan laporan perubatan mengenai kematian dalam tahanan daripada Jabatan Kimia mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk disiapkan.

“Jabatan itu sibuk dengan kerja.”

Beliau berkata beban kerja tanpa tenaga kerja tambahan, jadi tidak hairanlah mengapa laporan kematian lambat.

“Ia adalah kegagalan sistem,” tambah Wan Junaidi. – 11 Februari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen