Bukit Aman sahkan terima laporan tahanan mati di lokap Marang


Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Januari, 2022.

JABATAN Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mengesahkan menerima satu laporan berhubung kematian mengejut, melibatkan seorang lelaki yang merupakan Orang Kena Tahan (OKT) di lokap Balai Polis Marang, Terengganu, hari ini.

Pengarah JIPS Azri Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berkenaan pada 3 petang tadi.

Beliau berkata siasatan berkenaan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS.

“OKT yang berumur 38 tahun itu, ditahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Azri berkata OKT direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 30 Januari di Mahkamah Majistret Marang, Terengganu. – Bernama, 28 Januari, 2022. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen