Kastam Kelantan rampas ganja mampat bernilai RM620,000


JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 248 kilogram ganja mampat bernilai RM620,000 dalam serbuan di Jalan Cempaka Panji dekat Pengkalan Chepa di Kota Bharu pada jam 11.30 pagi semalam.

Pengarah JKDM Kelantan Mohd Nasir Deraman, berkata rampasan itu dilakukan berdasarkan maklumat dan intipan awal yang dilakukan.

Difahamkan, 10 guni ganja ditemui dalam sebuah Proton Exora yang diletakkan di sebuah garaj.

“Siasatan awal mendapati semua ganja mampat itu dipercayai diseludup masuk secara berperingkat melalui pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand.

“Dadah ini kemudiannya dikumpul dan disembunyikan di satu tempat dan apabila dirasakan sudah selamat barulah dadah itu akan diedarkan ke pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati mandatori. – Bernama, 17 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen