2,589 kes baharu Covid-19, lapor KKM


Hailey Chung Wee Kye

JUMLAH jangkitan baharu Covid-19 di negara ini menurun kepada 2,589 daripada 3,108 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter.

Kali terakhir kes Covid-19 harian di Malaysia jatuh bawah 3,000 adalah pada 3 Mei dengan 2,500 kes Covid-19 dilaporkan.

Kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 negara kini 2,721,544.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin petang tadi berkata kementerian menjangkakan lebih banyak jangkitan Covid-19 selepas mengesan 181 kes baharu dalam kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan.

Noor Hisham dalam pada itu turut berkata kadar kebolehjangkitan negara semalam ialah 0.92, dengan Pulau Pinang dan Pahang kekal tertinggi pada 1.00.

Sementara itu, Sarawak yang baru mengadakan pilihan raya melaporkan kadar kebolehjangkitan paling rendah, iaitu 0.74.

Pecahan kes mengikut negeri akan dimuat naik ke laman web CovidNow selepas tengah malam. – 20 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen