Baru Bian menang Ba Kelalan bawah tiket PSB


Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini Baru Bian yang mewakili PSB memperoleh 2,687 undi untuk menewaskan Sam Laya dari GPS (2,007 undi), Pita Asut dari Parti Bumi Kenyalang (110), Martin Labo dari PKR (57), dan Agnes bebas (55). – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Disember, 2021.

BEKAS orang kuat PKR Baru Bian berjaya mempertahankan kerusi Ba Kelalan apabila memenangi pertembungan lima penjuru dengan majoriti 680 undi.

Beliau memperoleh 2,687 undi untuk menewaskan Sam Laya dari GPS (2,007 undi), Pita Asut dari Parti Bumi Kenyalang (110), Martin Labo dari PKR (57), dan Agnes bebas (55).

Untuk pilihan raya negeri (PRN) kali ini, Baru bertanding di bawah tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Pada PRN 2004 dan 2006, beliau gagal memenangi kerusi Ba Kelalan, tetapi pada PRN 2011 dan 2016 di bawah bendera PKR beliau berjaya menang.

Langkah Sheraton pada 2020 menyebabkan Baru meninggalkan PKR dan menyertai PSB sebagai ahli majlis presiden. – 18 Disember, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen