PRN Sarawak: 2 bekas menteri persekutuan antara 69 calon PSB


Bekas Menteri Kerja Raya Baru Bian antara 69 calon Parti Sarawak Bersatu (PBS) diletakkan di kawasan DUN pada PRN Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Disember, 2021.

DUA bekas menteri persekutuan merupakan antara 69 calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) diletakkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12. 

Mereka adalah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Joseph Entulu Belaun di kerusi DUN Tamin dan bekas Menteri Kerja Raya Baru Bian akan mempertahankan kerusi DUN Ba’kelalan yang dimenanginya sejak dua penggal lalu iaitu pada PRN 2011 dan 2016.

Selain itu, Presiden PSB Wong Soon Koh yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perniagaan Sarawak merangkap Menteri Kewangan Kedua akan mempertahankan kerusi DUN Bawang Assan yang disandangnya di bawah Barisan Nasional (BN) sejak 1991.

Bekas Menteri Muda Utiliti dan Pertanian Awam Sarawak Sylvester Entri Muran akan bertanding di kerusi DUN Marudi, kawasan yang pernah beliau wakili di bawah BN.

Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat pula akan bertanding di DUN Balai Ringin

PSB turut menyenaraikan beberapa bekas Adun untuk bertanding di kawasan yang pernah mereka wakili iaitu Ranum Mina di DUN Opar, See Chee How (Batu Lintang) dan Dr Johnical Rayong Ngipa (Engkilili).

Bekas Ahli Parlimen Lubuk Antu William@Nyallau Badak pula akan bertanding di DUN Batang Air dan bekas Adun Belaga Stanley Ajang Batok bertanding di DUN Murum.

SPR menetapkan esok hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 14 Disember dan hari pengundian PRN Sarawak pada 18 Disember.

Berikut adalah senarai nama calon PSB yang diumumkan:

Opar – Ranum Mina
Tasik Biru – Dr Tekhee@Tiki Lafe
Pantai Damai – Mahmud Sabli
Demak Laut – Yatika Jelani
Pending – Tan Kay Hok
Batu Lintang – See Chee How
Kota Sentosa – Dr Lau Pang Heng
Batu Kitang – Liu Thiang Leong
Asajaya – Ishak Buji
Muara Tuang – Yakup Khalid
Stakan – George Young Si Ricord Junior
Serembu – Iana Akam
Mambong – Sanjan Daik
Tarat – Dadi @Tiap Juul
Tebedu – Cheyne Kambeng@ Raymond Achen
Kedup – Dominic Dado Segin
Bukit Semuja – Elsiy Tingang
Sadong Jaya – Nur Khairunisa Abdullah
Simunjan – Raily @Reli Ali
Gedong – Mohamad Sofian Fariz Sharbini
Lingga – Wan Abdillah Endruce Wan Abdul Rahman
Balai Ringin – Masir Kujat
Bukit Begunan – Norina Umoi Utot
Simanggang – Walsin @Wilson Entabang
Engkelili – Dr Johnical Rayong Ngipa
Batang Air -Datuk William @Nyallau Badak
Saribas – Melainie Bolhassan
Layar – Isik Utau
Bukit Saban – Andria Dundang @Andria Gelayan
Kalaka – John Antau Linggang
Krian – Musa Dinggat
Kabong – Wan Mohamad Madehi Wan Ali
Semop – Abdul Rafidin Majidi
Meradong – Hii Ru Yee
Pakan – Hereward Gramong Joseph Allen
Meluan – Elly Lawai Ngalai
Ngemah – Dr Joseph Jawa Kendawang
Machan – Madang Dimbab
Bukit Assek – Ting Kee Nguan
Dudong – Wong Hie Ping
Bawang Assan – Wong Soon Koh
Pelawan – Dr Low Chong Nguan
Nangka – Intanurazean Wan Sapuan Daud
Tellian – Sait Junaidi
Balingian – Yusuf Abdul Rahman
Tamin – Joseph Entulu Belaun
Kakus – Peter Tuan
Pelagus – Kristoffer Nyuak Bajok
Katibas – Robertson Mawa Luat
Bukit Goram – Robert Segie
Baleh – Koh Kumbong
Belaga – Henry Usat Bit
Murum – Standley Ajang Batok
Jepak – Dr Raba’ah Tudin
Tanjong Batu – Tang Eng Hui
Kemena – Dr Bernard Tahim Bael
Samalaju – Reggie Suel
Bekenu – Abu Bakar Amit
Lambir – Lila Mohamad
Piasau – Teo Jia Jun
Pujut – Bruce Chai Khim Cheong
Senadin – Lee Tze Ha
Marudi – Sylvester Entri Muran
Telang Usan – Jau Jok@Jenggo
Mulu – Dr Son Radu
Bukit Kota – Rosli Amat
Batu Danau – Ali Adap
Ba’kelalan – Baru Bian
Bukit Sari - Alias Mail – Bernama, 5 Disember, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen