Kartel daging mengaku tidak bersalah pengubahan wang haram


SEBUAH syarikat pembekal daging sejuk beku, pengarah, pengurus dan akauntannya didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas 16 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM13.28 juta, antara Oktober 2018 sehingga Disember 2020.

Syarikat LY Frozen Food Sdn Bhd, yang diwakili pengarahnya Yong Chee Keong, 40; pengurus stor Chong Kim Kuang, 48, dan akauntan Ng Yee Xin, 37, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Fatimah Zahari. 

Mahkamah juga turut mengeluarkan waran tangkap ke atas pengarah syarikat berkenaan, Tan Siew Huak, 42, yang masih bebas. 

Keempat-empat tertuduh, masing-masing menghadapi empat pertuduhan. 

Mereka didakwa menerima wang hasil pengubahan haram sebanyak empat kali berjumlah RM13,278,625.27 daripada sebuah akaun semasa milik LY Frozen dari 31 Oktober  2018 sehingga 31 Disember 2020 di dua cawangan bank berbeza di Senai, Kulai dan Taman Molek, dekat Johor Bahru. – Bernama, 13 Disember, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen