1,078 pesakit Covid-19 masuk hospital semalam


Aminah Farid

Secara keseluruhan kadar penggunaan katil hospital di seluruh negara berada pada kadar 68.3%, dengan 36% daripadanya melibatkan pesakit Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Disember, 2021.

SEJUMLAH 1,078 orang dimasukkan ke hospital kerana Covid-19 semalam, lapor Kementerian Kesihatan.

Ia menunjukkan pengurangan berbanding hari sebelumnya di mana 1,128 kemasukan dilaporkan.

Secara keseluruhan kadar penggunaan katil hospital di seluruh negara berada pada kadar 68.3%, dengan 36% daripadanya melibatkan pesakit Covid-19.

Tahap kemasukan ke hospital adalah petunjuk keseriusan wabak, dan kemasukan ke hospital meliputi kadar penggunaan katil, jumlah pesakit di dalam unit rawatan rapi (ICU) dan menggunakan bantuan alat pernafasan.

Lembah Klang merekodkan kadar kemasukan harian tertinggi dengan 305 kes, dengan 265 kes dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur (22) dan 18 kes di Putrajaya.

Negeri lain yang melaporkan kemasukan baharu adalah Johor (197), Kedah (34), Kelantan (93), Melaka (21), Negeri Sembilan (61), Pahang (45), Perak (54), Perlis (13), Pulau Pinang (38), Sabah (119), Sarawak (34), Terengganu (63) dan Labuan (1).

Melaka melaporkan kadar penggunaan katil tertinggi dengan 79.3%, penggunaan alat bantuan pernafasan sebanyak 36.1% dan kadar penggunaan ICU sebanyak 67.4%.

Setakat semalam terdapat 60,873 kes aktif Covid-19 di Malaysia, daripada jumlah itu 393 berada di dalam ICU dengan 212 memerlukan bantuan alat pernafasan.

49,753 pesakit lagi sedang menjalani kuarantin di rumah, 6,107 dimasukkan ke pusat kuarantin risiko rendah dan 4,620 sedang dirawat di hospital.

Semalam juga dilaporkan terdapat 5,058 kes baharu dengan Selangor merekodkan jumlah kes baharu tertinggi sebanyak 1,293 kes.

Negeri lain yang merekodkan kes baharu adalah Johor (500), Kedah (337), Kelantan (423), Melaka (246), Negeri Sembilan (265), Pahang (425), Perak (237), Perlis (35), Pulau Pinang (279), Sabah (263), Sarawak (67), Terengganu (262), Kuala Lumpur (365), Labuan (8), dan Putrajaya (53). – 11 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen