PENDUDUK di sebuah perkampungan di Iraq membunuh 11 orang sebagai membalas serangan yang didakwa dilakukan kumpulan IS, kata pihak berkuasa.
Serangan itu dilakukan oleh penduduk di perkampungan Al-Rashad di timur wilayah Diyala, kata seorang pegawai keselamtan yang enggan identitinya didedah.
Penyerang menuduh penduduk Nahr al-Imam menjadi dalang di sebalik serangan ke atas Al-Rashad sehari sebelumnya yang mana 15 orang terbunuh.
26 orang lagi dilaporkan turut tercedera dalam serangan itu.
Majlis Fikh Iraq turut mengutuk serangan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai serangan pengganas.
Iraq mengisytiharkan telah menewaskan IS pada Disember 2017, namun pemberontakan masih berlaku di negara itu.
Laporan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pada awal tahun ini menganggarkan sekitar 10,000 anggota IS masih aktif di seluruh Iraq dan Syria.– AFP, 28 Oktober, 2021.
Komen