2 terbunuh dalam serangan pengganas di barat Iran 


Anggota pasukan Pengawal Revolusi meningkatkan kawalan keselamatan susulan serangan di Bolbar.– Gambar EPA, 16 Julai, 2020.

DUA orang maut dan seroang lagi parah dalam serangan pengganas di wilayah barat Kurdistan di Iran, lapor agensi media IRNA.

Ketiga-tiga mereka sedang membantu penduduk tempatan yang berdepan hari sukar untuk membendung Covid-19 sebelum menjadi sasaran kumpulan pengganas, lapor media berkenaan.

Mereka merupakan penduduk tempatan, kata pejabat pengawal dan ahli kumpulan militan Basij, yang enggan dinamakan.

Menurut kenyataan, serangan itu berlaku berhampiran perkampungan Bolbar, tanpa menyatakan pihak yang bertangungjawab.

Sejak 40 tahun lalu, Iran memerangi pemberontak Kurdistan yang melancarkan serangan terhadap Pengawal Revolusi dan institusi negeri dalam negara itu. – AFP, 16 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen