Mesir batal perintah darurat yang berkuat kuasa sejak 2017


Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan pembatalan perintah darurat yang dilaksanakan sejak 2017 – Gambar AFP, 26 Oktober, 2021.

PRESIDEN Mesir Abdel Fattah al-Sisi pada Isnin mengumumkan pemansuhan perintah darurat sejak serangan maut militan terhadap gereja Kristian lebih empat tahun lalu.

Negara Afrika Utara itu berada di bawah perintah darurat sejak April 2017 selepas insiden pengeboman dua gereja oleh sekutu kumpulan militan Isisyang mengorbankan lebih 40 nyawa.

Penganut Kristian merupakan kira-kira 10% daripada penduduk Mesir.

“Mesir menjadi negara yang selamat dan stabil di rantau ini, terima kasih kepada rakyatnya yang hebat dan mereka yang setia,” kata Sisi di Facebook.

“Sebab itu saya memutuskan untuk membatalkan pembaharuan darurat di seluruh negara,” tambahnya.

Di bawah darurat, kuasa polis seperti menangkap dan menahan rakyat dilanjutkan dan hak perlembagaan seperti kebebasan bersuara dan berhimpun disekat.

Mesir sejak bertahun lamanya cuba memerangi pemberontakan. 

Serangan itu sebahagian besarnya tertumpu di utara Semenanjung Sinai, tetapi kadangkala berlaku di bahagian lain di negara itu.

Sejak Februari 2018, pihak berkuasa menjalankan operasi di seluruh negara terhadap kumpulan militan, terutamanya di Sinai Utara dan Gurun Barat negara itu, ke arah sempadan dengan Libya.

Kumpulan hak asasi manusia berkata keadaan darurat ditambah dengan larangan protes berkesan kerajaan sejak 2013 membantunya dalam menumpaskan perbezaan pendapat. – AFP, 26 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen