Jamuan makan malam JJPTR diselubungi misteri


Suasana di luar dewan jamuan makan malam JJPTR di Berjaya Times Square Hotel sebentar tadi.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 20 Mei, 2017.

JAMUAN makan malam JJ Poor to Rich (JJPTR) yang ditunggu-tunggu di Berjaya Times Square Hotel diselubungi kerahsiaan susulan penahanan pengasasnya, Johnson Lee.

Hampir 300 orang dikesan beratus dan kemudian memasuki dewan tempat jamuan makan malam itu dijadualkan berlangsung pada jam 7.30 malam, tiga orang lelaku juga kelihatan berada di meja pendaftaran.

Di luar dewan Manhattan II, papan tanda digital hanya menyebut “jamuan makan malam”, yang dijadualkan berlangsung antara jam 7.30 hingga 10 malam.

Cubaan The Malaysian Insight untuk menerumah beberapa orang yang hadir tetapi semua mereka hanya mendiamkan diri tanpa memberikan penjelasan tentang acara itu.

Lima orang yang ditemuramah mengatakan yang mereka dijemput kawan mereka untuk datang makan kerana sudah membayar untuk makanan dan tidak mahu ia dibazirkan.

“Kawan saya mengajak saya ke sini. Mereka kata mereka mahu mempromosi diet vegeterian dan sudah membayar harga makanan, tetapi tidak dapat datang,” kata seorang wanita dalam lingkungan usia 50-an, seorang wanita dan lelaki yang datang bersamanya mengangguk setuju.

Beberapa orang lain juga memberikan alasan yang hampir serupa, samada kawan mereka terlalu sibuk untuk datang atau mereka tidak mahu diganggu wartawan, menyedari publisiti yang diterima JJPTR kini.

Bagaimanapun, semua yang ditemuramah tidak dapat memberikan jawapan apabila ditanya sekiranya kawan yang mereka sebutkan itu ialah pelabur skim.

Ada juga yang hanya mengatakan “tidak” dan berlalu pergi apabila ditanya sekiranya mereka adalah pelabur JJPTR.

Semua yang hadir malam ini berketurunan Cina, dan satu-satunya lelaki India yang mendekati The Malaysian Insight di luar dewan mendakwa yang dia seorang pegawai polis dan dia tidak dibenarkan mengulas lanjut acara itu.

Menjelang 8.15 malam, kebanyakkan yang hadir sudah memasuki dewan, dan wartawan juga diminta beredar dari dewan.

Lelaki yang menjaga kaunter pendaftaran juga tidak memberikan kerjasama apabila dihampiri wartawan.

“Media tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan…kami hanya diupah untuk memeriksa senarai nama, itu sahaja,” kata salah seorang daripada mereka, yang lain juga menambah yang mereka tidak boleh memberitahu wartawan apa-apa.

Apabila ditanya sekiranya mereka boleh mengesahkan yang acara itu adalah jamuan makan malam JJPTR, semua mereka kelihatan terkejut sebelum beredar selepas dipanggil kakitangan lain.

Adun DAP Kampung Tunku Lau Weng San juga cuba memasuki dewan itu pada jam 7.40 malam tetapi dihalang.

Lau memberitahu wartawan yang dia cuba mendapatkan penjelasan tetapi mereka yang mempunyai kuasa menjelaskan tidak kelihatan berada di situ. – 20 Mei, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen