PERUNCIT terbesar Britain, Tesco melancarkan kedai bebas bayar pertamanya hari ini dalam usaha mengikut jejak langkah sebuah pasar pintar di United Kingdom (UK), Amazon dan kumpulan pasar raya Jerman, Aldi.
Sebuah pasar raya kecil Tesco di tengah London menggunakan kamera dan alat pengukur berat untuk mengenal pasti barang yang dibawa keluar pelanggan dari kedai, sebelum mengenakan bayaran melalui aplikasi telefon pintar syarikat itu.
“Kami sentiasa mencari cara untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah dan inovasi terbaru kami menawarkan pembayaran lancar kepada pelanggan dalam usaha membantu mereka menjimatkan lebih banyak masa,” kata Kevin Tindall, pengarah urusan di Tesco Convenience, dalam satu kenyataan.
Pembelian melibatkan produk kawalan umur seperti alkohol masih memerlukan pemeriksaan kakitangan. – AFP, 19 Oktober, 2021.
Komen