Jangkitan Covid-19 bawah 6,000 dua hari berturut-turut


Aminah Farid

Pengguna LRT mengamalkan penjarakkan sosial. Negara hari ini melaporkan 5,745 jangkitan baharu Covid-19, menjadikan beban ditanggung sejak pandemik bermula kini sebanyak 2,401,866.– Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Oktober, 2021.

JUMLAH jangkitan harian Covid-19 di Malaysia terus menurun buat hari kedua berturut-turut selepas 5,745 kes dilaporkan pada tengah hari, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Semalam, negara melaporkan 5,434 kes, terendah sejak 28 Jun.

Jumlah hari ini menjadikan beban ditanggung negara kini sebanyak 2,401,866, setakat tengah hari ini.

Pecahan kes mengikut negeri akan dikemas kini di laman web CovidNow selepas tengah malam.

Dalam perkembangan lain, lebih 70 peratus penduduk telah sepenuhnya divaksin selepas 207,541 dos diberikan setakat semalam.

Malaysia berhasrat menyuntik sepenuhnya 80 penduduk penduduk menjelang 8 Disember. – 19 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen