Kadar vaksinasi penduduk Malaysia kini 70%, lapor KKM


Aminah Farid

Sebanyak 94% atau 21,993,417 juta populasi dewasa sudah mendapat vaksinasi lengkap sementara 763,521 juta atau 3.3% dos pertama. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Oktober, 2021.

MALAYSIA berjaya memvaksinasi lebih 70% penduduknya selepas 207,541 dos dikeluarkan semalam, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman webnya CovidNow.

Menurut statistik, 70.2% populasi umum di Malaysia sudah mendapat vaksinasi lengkap terhadap koronavirus yang membawa maut.

Sementara itu, kira-kira 2,306,254 juta atau 7.1% mendapat satu dos dan 7,578,180 juta atau 23.2% masih belum divaksinasi.

Malaysia berhasrat untuk memberi vaksinasi lengkap kepada 80% penduduk pada 8 Disember.

Bagi populasi dewasa, 94% atau 21,993,417 juta orang sudah mendapat vaksinasi lengkap sementara 763,521 juta atau 3.3% dos pertama.

Sementara itu, 29.9% atau 940,960 remaja sudah menerima dua suntikan vaksin Covid-19 sementara 1.54 juta atau 49% mendapat dos pertama sejak program vaksinasi bermula pada 8 September.

Dos vaksin yang dikeluarkan semalam menjadikan jumlah dos diberi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 48.46 juta setakat ini.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menggesa mereka yang belum diberi vaksin untuk melakukannya segera, walaupun kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk mewajibkannya. – 19 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen