KKM lapor 72 kematian Covid-19, semua kes tunggakan


Aminah Farid

Jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 negara kini mencecah 27,993 orang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Oktober, 2021.

MALAYSIA mencatatkan 72 kematian sehingga malam tadi, sedikit peningkatan berbanding 63 kematian sehari sebelumnya, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Data daripada Git.hub kementerian menunjukkan semua kematian adalah kes tunggakan, yang bermaksud tiada kematian berlaku semalam.

Sembilan daripada kematian tersebut diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.

Angka kematian harian adalah jumlah keseluruhan kematian yang dilaporkan pada hari itu dan kes baharu disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan selesai siasatan Covid-19 selesai.

Susulan kematian baharu, jumlah kematian Covid-19 yang terkumpul di Malaysia adalah 27,993 orang.

Johor mencatatkan kematian tertinggi dengan 18 kematian, diikuti Sarawak (13), dan Kedah (9).

Negeri dan wilayah persekutuan lain yang mencatat kematian adalah, Perlis (1), Melaka, Pahang dan Selangor (2), Terengganu, Kuala Lumpur dan Perak (3), Kelantan (4), Sabah (5), Pulau Pinang (7).

Labuan, Putrajaya dan Negeri Sembilan tidak melaporkan kematian.

Kes aktif Malaysia terus menurun di bawah jumlah 100,000 kepada 89,173.

Sebanyak 679 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 347 daripadanya menggunakan sokongan ventilator.

Sementara itu, 68,612 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 12,935 di pusat kuarantin berisiko rendah; dan 6,947 dimasukkan ke hospital.

Jumlah pemulihan adalah 2.27 juta, 8,435 daripadanya dilaporkan semalam. – 19 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen