KKM lapor 7,509 kes baharu Covid-19 


Aminah Farid

Malaysia merekodkan kes jangkitan baharu Covid-19 kurang daripada 10,000 untuk 14 hari berturut-turut. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Oktober, 2021.

MALAYSIA MEREKODKAN 7,509 kes jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Negara secara konsisten merekodkan kes jangkitan baharu kurang daripada 10,000 untuk 14 hari berturut-turut. 

Kali terakhir kes direkodkan melepasi angka berkenaan adalaha pada 2 Oktober apabila 10,915 kes direkodkan. 

Jumlah kes terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 kepada 2,384,542 sejak permulaan pandemik. 

Pecahan kes akan dikemas kini melalui laman web CovidNow selepas tengah malam.

Sementara itu, 67.5% populasi Malaysia melengkapkan vaksinasi setakat semalam.

Kadar populasi dewasa yang melengkapkan vaksin kini 95.1%.

Laman web CovidNow Kementerian Kesihatan menganggarkan 80% populasi akan melengkapkan vaksinasi menjelang 13 Disember.– 16 Oktober, 2021.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen