89 kematian Covid-19 dilapor semalam, kes aktif bawah 100,000


Aminah Farid

MALAYSIA merekodkan 89 kematian semalam, kesemuanya kes tertunggak, yang bermakna tiada kematian sebenar berlaku semalam, lapor Kementerian Kesihatan.

Data daripada pangkalan data mentah KKM, Git.hub menunjukkan yang 19 kematian adalah kes dibawa ke hospital.

Jumlah kematian harian adalah jumlah keseluruhan kematian dilaporkan pada hari tersebut berserta kes kematian tertunggak yang baharu sahaja disahkan pihak berkuasa disebabkan Covid-19.

Dengan data terbaru itu, jumlah keseluruhan kematian wabak di Malaysia kini adalah 27,681 orang.

Sarawak merekodkan kematian tertinggi dengan 15 kematian semalam, diikuti oleh Kelantan (14) dan Perak (13).

Negeri lain yang turut merekodkan kematian adalah Johor (6), Kedah (3), Negeri Sembilan (2), Pahang (8), Perlis (3), Pulau Pinang (9), Sabah (5), Selangor (7) dan Kuala Lumpur (4). 

Manakala, Melaka, Terengganu, Labuan dan Putrajaya tidak melaporkan kes kematian Covid-19 semalam.

Kes aktif di Malaysia turut turun di bawah 100,000 kes apabila hanya 97,505 kes Covid-19 masih aktif direkod.

Daripada jumlah itu, 703 pesakit sedang dirawat dalam unit rawatan rapi dengan 366 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, 75,068 pesakit pula sedang menjalani kuarantin di rumah, 14,537 orang di pusat kuarantin risiko rendah dan 7,197 orang di hospital.

Jumlah kes pulih pula berjumlah 2.25 juta, dengan 11,413 lagi kes dilapor pulih semalam. – 16 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen