7,420 kes baharu Covid-19


Aminah Farid

Malaysia kini merekodkan 2,377,033 juta kes Covid-19 apabila sebanyak 7,420 jangkitan baharu dilaporkan semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2021.

MALAYSIA mencatatkan 7,420 jangkitan baharu Covid-19 setakat tengah hari hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dengan angka terbaru, negara kini merekodkan 2,377,033 juta kes Covid-19 sejak wabak itu bermula.

Pecahan kes akan dikemas kini di laman web CovidNow selepas tengah malam. 

Sementara itu, 67.1% penduduk Malaysia divaksin sepenuhnya setakat semalam.

Negara ini sudah memvaksinasi 90% penduduk dewasa.

Laman web Kementerian Kesihatan CovidNow menyasarkan 80% penduduk akan diberi vaksin sepenuhnya pada 10 Disember. – 15 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen