Rosmah dibenar ambil semula pasport untuk ke Singapura


Ravin Palanisamy

Rosmah Mansor membuat permohonan agar pasportnya dipulangkan untuk membolehkannya ke Singapura bagi menemani anaknya yang bakal bersalin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2021.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini bersetuju memulangkan pasport milik Rosmah Mansor untuk perjalanannya ke Singapura bersama anak perempuan beliau yang dijangka akan melahirkan anak keduanya di sana.

Rosmah juga dilarang tinggal di negara jiran selama lebih sebulan.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu berikutan permohonan Rosmah melalui peguamnya. 

Rosmah tidak hadir di mahkamah hari ini.

“Pasport pemohon akan diserahkan hari ini dan mesti dipulangkan sebelum 6 Disember.

“Ini dengan syarat pemohon hanya boleh pergi ke Singapura mulai 22 Oktober dan mesti kembali ke Malaysia pada atau sebelum 21 November,” kata Zaini. – 15 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen