Sarawak, Selangor lapor lebih 1,000 jangkitan baharu Covid-19


Aminah Farid

Selangor menyaksikan peningkatan berterusan dengan lebih 1,500 kes baharu Covid-19 dalam beberapa hari terakhir ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2021.

HANYA dua negeri melaporkan lebih 1,000 kes baharu Covid-19 semalam, dengan Selangor mencatat 1,630 dan Sarawak 1,061, menurut laman web CovidNow.

Selangor menyaksikan peningkatan berterusan dengan lebih 1,500 kes dalam beberapa hari terakhir. Sebelum ini jumlahnya lebih rendah.

Jumlah kes Covid-19 berjumlah 2,364,570 pada malam tadi.

Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan kes baharu semalam adalah Johor (804, Kedah (416), Kelantan (896), Melaka (255), Negeri Sembilan (184), Pahang (289), Perak (409), Perlis (82) , Pulau Pinang (587), Sabah (691), Terengganu (452, dan Putrajaya (24).

Labuan tidak melaporkan jangkitan baharu.

Terdapat 101,587 kes Covid-19 aktif di Malaysia setakat malam tadi. 

Daripada jumlah tersebut, 702 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 367 pesakit memerlukan bantuan ventilator.

Sementara itu, 78,414 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 14,975 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah sementara 7,496 di hospital.

Dengan 12,456 orang pulih daripada virus, jumlah keseluruhan pemulihan kini berjumlah 2,240,345. – 15 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen