Hampir 70% populasi di Malaysia lengkap vaksin Covid-19


Aminah Farid

Hampir 70% penduduk di Malaysia sudah divaksin sepenuhnya apabila 21,907,522 atau 67.1% lengkap vaksinasi semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2021.

MALAYSIA semakin hampir untuk memvaksinasi 70% penduduknya selepas 21,907,522 atau 67.1% sudah lengkap divaksin semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 24,663 atau 75.5% sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu sebanyak 2,416,010 atau 76.7% remaja sudah menerima satu dos vaksin sehingga semalam sementara 551,972 atau 17.5% diberi vaksin sepenuhnya.

Sebanyak 95% populasi dewasa juga sudah lengkap divaksin.

Dengan 206,418 dos vaksin yang diberikan semalam menjadikan angka vaksinasi seluruh negara kini melebihi 46.45 juta di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. – 15 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen