KKM lapor 88 kematian Covid-19, semua kes tertunggak


Aminah Farid

Terdapat 101,587 kes Covid-19 aktif di Malaysia setakat malam tadi dengan 702 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2021.

MALAYSIA mencatatkan 88 kematian malam tadi, sedikit peningkatan daripada 68 kematian berbanding sehari sebelumnya, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut data Git.hub kementerian, semua kematian adalah kes tunggakan, yang bermaksud tiada kematian berlaku semalam.

Daripada jumlah itu, 22 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.

Kementerian memperoleh angka harian daripada jumlah jumlah kematian yang dilaporkan pada hari tertentu, termasuk kes tunggakan yang hanya disahkan oleh pihak kesihatan selepas selesai siasatan klinikal mereka.

Ia menjadikan jumlah kematian Covid-19 yang terkumpul di Malaysia sebanyak 27,681.

Sarawak melaporkan jumlah kematian tertinggi dengan 19 kes.

Negeri dan wilayah persekutuan lain yang mencatat kematian adalah Johor (15), Kedah (4), Kelantan (6), Melaka, Pahang, dan Putrajaya (1), Perak (8), Pulau Pinang (5), Selangor (7), Kuala Lumpur (4), dan Terengganu (2).

Negeri Sembilan, Perlis dan Labuan tidak melaporkan kematian.

Terdapat 101,587 kes Covid-19 aktif di Malaysia setakat malam tadi. Dari jumlah tersebut, 702 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 367 daripadanya memerlukan bantuan ventilator.

Sementara itu, 78,414 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 14,975 dimasukkan ke pusat kuarantin berisiko rendah sementara 7,496 lagi di hospital.

Sebanyak 12,456 pesakit pulih yang menjadikan jumlah keseluruhan 2,240,345. – 15 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen