Kemasukan ke ICU akibat Covid-19 menurun


Aminah Farid

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata, daripada 702 pesakit di ICU, 683 merupakan pesakit Covid-19 sementara 19 yang lain kes disyaki dan kes dalam siasatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Oktober, 2021.

KEMASUKAN ke unit rawatan rapi (ICU) menunjukkan penurunan kepada 702 pesakit hari ini berbanding 728 pesakit semalam, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata, daripada 702 pesakit di ICU, 683 merupakan pesakit Covid-19 sementara 19 yang lain kes disyaki dan kes dalam siasatan.

Sementara itu Noor Hisham berkata, 367 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, daripada jumlah itu, 286 adalah kes Covid-19 dan selebihnya kes disyaki serta kes dalam siasatan.

Negara ini juga melaporkan 12,456 kes pulih baharu berbanding 8,084 jangkitan baharu setakat tengah hari ini.

Kes pulih mengatasi jangkitan baharu selama 28 hari berturut-turut.

Sementara itu, 17 kluster baharu dilaporkan dengan sembilan membabitkan tempat kerja, 16 komuniti dan satu institusi pendidikan.

Negara kini mempunyai 744 kluster aktif di seluruh negara. – 14 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen