Tiada maklumat mengenai dos penggalak, kata persatuan perubatan


Aminah Farid

Dianggarkan kira-kira 8.75 juta orang akan menerima dos ketiga vaksin atau dos pengalak.– Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Oktober, 2021.

KURANG ketelusan daripada jabatan kesihatan negeri berhubung dos penggalak Covid-19 menyebabkan klinik swasta tidak tahu mengenai proses yang terlibat, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Presidennya Dr Koh Kar Chai berkata jabatan kesihatan negeriu sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam menentukan klinik swasta terlibat dengan proses vaksinasi namun hingga kini mereka hanya berdiam diri berhubung perkara itu. 

“Tiada perancangan dan koordinasi di lapangan.

“Kami harap semua klinik swasta yang berfungsi sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) dibenarkan menyertai dan bukan hanya beberapa sahaja yang dipilih yang mana kriteria yang perlu tidak dimaklumkan kepada klinik swasta,” kata Koh dalam satu kenyataan.

“Klinik swasta bekerjasama dengan Protecthealth Corporation Sdn Bhd dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan kini, terdapat kira-kira 1,635 klinik swasta yang berfungsi sebagai PPV namun mereka tidak mendapat maklumat mengenai pemberian dos penggalak daripada jabatan kesihatan negeri.”

Menurutnya, MMA tertanya-tanya adakah perkara sama akan berulang yang mana klinik swasta dimaklumkan oleh jabatanb kesihatan negeri pada saat akhir. 

Katanya ramai pengamal perubatan menerima pa nggiolan daripada masyarakat yang bertanyakan tentang dos penggalak. 

Dianggarkan kira-kira 8.75 juta orang akan menerima dos ketiga vaksin atau dos pengalak. – 14 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen