Malaysia catat 8,084 kes baharu Covid-19


Aminah Farid

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 2,369,613 apabila sebanyak 8,084 jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam terakhir. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Oktober, 2021.

MALAYSIA mencatatkan 8,084 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir yang menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 7,950 kes semalam, kata Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Dengan angka terkini, negara mencatatkan jumlah keseluruhan 2,369,613 kes Covid-19 sejak wabak itu bermula.

Pecahan kes akan dikemas kini di laman web CovidNow selepas tengah malam.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 hari ini berkata negara sudah memberikan vaksinasi sepenuhnya kepada 21 juta penduduk atau 66.6% daripada populasi umum.

Dikatakan 24.6 juta orang atau 75.4% penduduk sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Lebih 2.4 juta atau 75.9% kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima satu dos vaksin sementara 453,906 atau 14.4% sudah diberi vaksin sepenuhnya. –14 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen