66.1% penduduk terima suntikan lengkap vaksin Covid-19, lapor JKJAV


Aminah Farid

Sebanyak 24,567,968 atau 75.2% penduduk Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Oktober, 2021.

SEBANYAK 21,591,116 juta orang, atau 66.1% daripada jumlah keseluruhan penduduk sudah menerima vaksinasi lengkap terhadap Covid-19, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Ia melaporkan 24,567,968 atau 75.2% penduduk sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, sebanyak 1,981,469 atau 63.0% remaja menerima satu dos vaksin sehingga semalam, sementara 370,995 atau 11.8% sudah diberi vaksin lengkap.

Laman web Kementerian Kesihatan CovidNow mengunjurkan 80% daripada jumlah penduduk akan diberi vaksin lengkap pada 30 November.

Sementara itu, Malaysia kini mencecah 90.6% populasi dewasa selepas berjaya mencapai sasaran 90% pada Ahad.

Semalam, jawatankuasa ini memberi 209,534 dos vaksin, dengan angka ini, negara sudah memberikan lebih 46,044,734 juta dos di bawah program imunisasi Covid-19 kebangsaan. – 13 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen