PAUS Francis pada Rabu meluahkan rasa malu berikutan pendedahan penderaan seksual terhadap kanak-kanak oleh paderi Katolik Perancis, yang didedahkan oleh satu siasatan bebas.
“Saya ingin meluahkan kepada mangsa akan kesedihan dan kesakitan saya atas trauma yang mereka alami. Dan juga rasa malu saya, rasa malu kami, rasa malu saya kerana Gereja tidak mampu mengambil tindakan,” kata paus di khalayak umum.
“Saya berdoa dan kita semua berdoa bersama - kepada Tuhan yang mulia, bagi kami rasa malu. Inilah masanya untuk malu.”
Francis mendesak para paderi untuk terus berusaha memastikan situasi seperti itu tidak berulang, memberikan sokongannya kepada para paderi Perancis menghadapi “ujian mencabar tetapi sihat” ini.
Beliau turut menyeru Katolik Perancis “memikul tanggungjawab mereka untuk memastikan Gereja adalah rumah yang selamat untuk semua orang”.
Sebuah suruhanjaya bebas pada Selasa mendedahkan paderi Katolik Perancis menganiaya secara seksual sekitar 216,000 anak di bawah umur selama tujuh dekad sejak tahun 1950, “fenomena besar” yang ditutupi oleh “tabir kesunyian”.
Semalam, satu siasatan bebas membongkarkan penderaan seks bawah umur oleh paderi dan pendeta Katolik Perancis bersama penemuan kira-kira 216,000 mangsa pedofilia sejak 1950 hingga 2020. – AFP, 6 Oktober, 2021.
Komen